Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

[WAFDI]'s Site

Blog EntryApr 28, '08 10:21 PM
for everyone
Dewasa ini terdapat banyak produk-produk herba yang muncul di pasaran. Samada dalam bentuk kapsul, tablet atau dalam bentuk minuman seperti teh herba dan Kopi pracampuran yang begitu popular. Disebalik kemunculan produk-produk ini ianya ditunjangi oleh campuran herba samada campuran ekstrak dan juga secara bahan mentah asli. Jika menyelak di suratkhabar, pasti saban hari terdapat produk-produk baru yang muncul. Ini belum dihitung dengan produk kecantikan yang khusus untuk pelangsingan dan yang berasaskan kecantikan (awet muda, penjagaan intim dan sebagainya) Bagi produk yang memfokuskan bagi kesihatan lelaki, antara kandungan herba yang cukup popular seperti Tongkat Ali, Ubi Jaga, Ginseng (sekadar menamakan sebahagian) adalah begitu sinonim. Namun begitu, adakah hanya herba-herba ini yang mempunyai nama yang besar sahaja yang begitu befungsi dan berkesan? Malaysia yang diwartakan sebagai salah satu negara yang mempunyai "Mega Bio-diversity" terdapat ribuan tumbuhan herba yang berpotensi [ bacaan lanjut di http://anjungherba.com/content/view/35/42/ ]

Blog EntryJan 15, '08 5:30 AM
for everyone
Salam kembali...

Saya ingin menyimpulkan mengapa saya menulis blog ini dalam bahasa Melayu. Setelah 50 tahun kemerdekaan tidak banyak langkah agung memartabatkan lagi bahasa ini. Kita lebih senang berbicara dalam bahasa English. Dengan industri Herba dan rempah ini kebanyakan melibatkan orang peribumi saya rasa senang sekali dengan menggunakan bahas ibunda kerana majoriti adalah kaum kita sendiri. Jadikan blog ini sebagai wadah perbincangan dan maklumbalas terhadap artikel yang bakal saya paparkan.

Bulan Ramadhan menjelang tiba, seperti kebiasaannya kita menahan lapar dan dahaga. TAPI bila berbuka puasa segunung makanan pun boleh habis. Apa yang biasanya kita ambil semasa berbuka? Kalau ikut sunnah Nabi, mulakan dengan kurma dan sekurang-kurangnya berbuka dgn air sejuk/ kosong. Tapi kalau kita di Malaysia yang kaya dengan makanan, kuih, pengat, bubur, nasi kerabu, ayam percik, dan segalanya. Dan yang paling teruknya makanan yang kita makan tak seimbang. Pernah tak kita kira pengambilan kalori kita semasa berbuka?

Yang paling membimbangkan lagi adalah pengambilan gula terutama pada pesakit diabetis. Pengambilan gula yang berlebihan akan mengakibatkan pelbagai kesan sampingan semasa menjalani ibadah puasa. Disini terdapat sedikit artikel mengenai pemanis yang sesuai.

Stevia



" Gula sebenarnya merupakan bahan makanan yang sudah cukup popular dan menjadi sebahagian diet manusia sejak 2,000 tahun lampau. Mengikut Akta Makanan 1983, gula bermaksud makanan yang dikenali sebagai sukrosa dalam ilmu kimia dan termasuklah gula pasir, gula buku, gula kastor, gula serbuk dan gula batu. Gula (glukosa) tergolong dalam kumpulan karbohidrat ringkas dan merupakan salah satu sumber tenaga kepada tubuh. Selain itu, gula juga bertindak sebagai pemanis dalam makanan. Selain membekalkan tenaga, gula memberi khasiat yang sedikit. Persatuan Kesihatan Sedunia menyarankan, gula tidak seharusnya menyumbangkan lebih daripada 10 peratus tenaga. Gula yang diambil secara berlebihan akan bertukar kepada lemak dalam tubuh. Apabila ini sudah terjadi, ia menyebabkan kegemukan dan pelbagai penyakit akan timbul seperti kencing manis dan penyakit jantung.

Namun sebagai pengganti, berbagai jenis produk pemanis tiruan telah dihasilkan. Bahan pemanis tiruan bererti bahan yang jika ditambah pada makanan boleh memberikan rasa manis kecuali sakarida, alkohol polihidrik atau madu (Akta Makanan 1983). Ia hanyalah penyelesaian jangka pendek dalam menyedapkan rasa. Di antaranya adalah saccharin, aspartam, sucralose, acesulfame potassium dan banyak lagi. Kesemua bahan ini mengandungi tahap kemanisan yang tinggi.

Saccharin misalnya merupakan pemanis tiruan yang terawal dihasilkan. Ia mengandungi tahap kemanisan 300 kali ganda seperti sukrosa tetapi mempunyai rasa pahit pada kepekatan yang tinggi. Saccharin stabil pada suhu panas dan biarpun dengan kehadiran asid, ia tidak bertindak balas dengan kandungan yang terdapat dalam makanan.

Pemanis tiruan yang lain seperti aspartam banyak digunakan dalam minuman ringan diet dan gula-gula getah non-sugar. Tidak seperti saccharin, aspartam tidak sesuai digunakan dalam masakan kerana tidak stabil pada suhu tinggi sekaligus menyebabkan tahap kemanisan berkurangan. Selain itu, aspartam juga merupakan salah satu pengganti gula bagi yang menghidapi diabetes. Akan tetapi penggunaan pemanis tiruan yang berlebihan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan.

Oleh itu, pemanis semulajadi iaitu stevia boleh dijadikan sebagai pengganti gula bagi mereka yang gemarkan manis. Stevia daripada kelompok famili chrysanthemum dengan nama saintifiknya stevia rebaudiana atau pokok stevia rebaudiana bertoni juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Ia berasal daripada pokok renek yang tumbuh meliar di Paraguay dan mempunyai rasa manis di bahagian daunnya. Pemanis stevia telah meluas penggunannya di Jepun. Ia telah dihasilkan secara komersial di Jepun sejak tahun 1977 dan telah digunakan dalam produk makanan serta dalam minuman ringan. Pada masa kini, stevia telah ditanam dan digunakan dalam industri makanan di Asia termasuk China, Taiwan, Korea, Thailand dan Malaysia.

Sebagai pemanis semulajadi, stevia mempunyai nisbah rasa manis yang semakin bertambah dalam tempoh yang lebih panjang dan tahap kemanisan 300 kali ganda daripada gula biasa. Akan tetapi mempunyai rasa pahit pada kepekatan yang tinggi. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori,lemak,kolestrol,gula dan karbohidrat.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat serta diabetes. "

Menyedari tentang ancaman pengambilan gula secara berlebihan, sekarang terdapat alternatif pemanis semulajadi yang langsung tiada kesan sampingan kepada pesakit diabetis. OriSweet dalam bentuk uncang teh dan mudah disediakan. Maklumat mengenai OriSweet boleh di dapati di www.myherbs-farm.com


Tahukah anda, selepas ini kita akan berebut gula dengan kenderaan seperti kereta? Kalau nak tahu teruskan bersama saya untuk artikel yang akan datang.


Blog EntryJan 6, '08 11:53 AM
for everyone

Asalamualaikum…

 
Ini merupakan posting pertama ke blog saya di multiply.com dan sudah terlalu lama untuk saya menangguhkan hasrat untuk menulis ke blog ini. Buat permulaan saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada emjayjb, nrmaziz dan beberapa lagi sahabat blog di multiply.com kerana menginspirasikan saya untuk menulis. Saya juga mengharapkan sokongan dari jaringan multiply.com ini agar dapat kita semua berkongsi ilmu dan maklumat dengan lebih pantas dan efisien.

 
Bersempena dengan kedatangan tahun baru 2008 ini, saya akan memulakan blog ini dengan isu yang semakin mendapat kesedaran khalayak ramai iaitu KANSER.

 
Sekarang ini kanser sudah mula kedengaran sering menyerang warga Malaysia. Penyakit yang diklasifikasikan sebagai tiada penawar dan dulu sering dianggap sebagai penyakit orang Barat telah membuatkan kita berfikir dua kali, adakah kita tidak berpotensi menghidapinya?

Yang terbaru aktres handalan Negara, Azean Erdawaty telah menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi akibat kanser payudara. Benarkah ianya tidak mampu dirawat dan dipulihkan? Benar! Itulah definasi dari perubatan moden, rawatan yang disarankan adalah pembedahan untuk membuang ketumbuhan dan sel yang rosak dan disusuli dengan kemoterapi bagi membunuh sel di badan samada yang baik atau yang abnormal. Adakah cara perawatan moden ini menjamin keberkesanan dan penyembuhan secara total? Saya akan jawab dalam posting akan datang. Saya mengalu-alukan pendapat  dan pandangan dari anda semua.